Khamis | 27 Februari 2025
Sebanyak 180 Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 termasuk empat (4) Anugerah Khas diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju, universiti, pemilik bangunan dan pihak berkepentingan pada majlis ini.
Pada tahun 2024, pelaksanaan Inisiatif Bandar Rendah Karbon telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) sebanyak 465,000.02 tan karbon dioksida setara dan jumlah penyerapan karbon (carbon sequestration) yang dicapai adalah sebanyak 29,592.84 tan karbon dioksida. Pencapaian ini bersamaan dengan penanaman 12.4 juta batang pokok atau pengurangan 107,063 buah kereta setahun di jalan raya.
Zon Bandar Kluang telah berjaya mendapatkan anugerah tiga (3) Diamond bagi Program Low Carbon City Challenge 2030. Penurunkan sebanyak 12% pelepasan GHG dari tahun asas 2019 bersamaan 104.03 tCO2/tahun. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Program Car Free Day, Program Kitar Semula, penjimatan tenaga elektirik dan penanaman pokok teduhan di dalam kawasan bandar.
Encik Mohd Fahmy Bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah hadir untuk menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara.
Disediakan oleh:
Jabatan Perancang Bandar dan Landskap
#bandarrendahkarbon #anugerahLCC2024 #tindakaniklim