Skip to main content
MENU

Jabatan Kewangan

VISI

Untuk menjadi sebuah jabatan yang berkualiti dan professional dalam pengurusan kewangan.

MISI

Memaksimumkan hasil dan mengoptimumkan perbelanjaan bagi meningkatkan pembangunan tempatan melalui kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan.

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan kewangan Majlis diuruskan secara cekap dan teratur selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan.
  • Mempertingkatkan perancangan dan kawalan kewangan dengan lebih berkualiti.

PIAGAM PELANGGAN

  • Bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh  tuntutan lengkap diterima di Jabatan Kewangan.
  • Inden Kerja/Pesanan Kerajaan disediakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima di Jabatan Kewangan.
  • Terimaan bayaran di Kaunter Majlis Perbandaran Kluang di proses dalam tempoh masa sehingga 15 minit untuk diselesaikan bergantung kepada bilangan bil yang ingin dibayar.
  • Terimaan bayaran cukai taksiran harta melalui perbankan online atau atas talian di proses dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh penerimaan bayaran sehingga ke tarikh resit dipos.

FUNGSI-FUNGSI

Fungsi Hasil dan Kewangan

      - Kutipan Hasil

  • Menerima semua kutipan hasil Majlis
  • Menyelenggaran dan merekod daftar terimaan hasil
  • Memastikan hasil kutipan disimpan dengan selamat dan memasukkan ke dalam akaun di Bank setiap hari
  • Membuat laporan dan penyata hasil setiap bulan dan tahun           

        - Kewangan

  • Menguruskan simpanan semasa dan simpanan tetap di bank
  • Mengurus aliran tunai
  • Menyediakan penyata hasil dan perbelanjaan untu mesyuarat jawatankuasa
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit (Petty Cash)
  • Menguruskan serta menyelenggara akaun amanah dan Kumpulan Wang Amanah

Fungsi Pembayaran dan Belanjawan

       - Pembayaran

  • Menguruskan pembayaran kepada pembekal / pelanggan Majlis
  • Menyemak segala dokumen sokongan ke atas semua baucer bayaran dengan betul dan teratur berdasarkan Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling sebelum bayaran diluluskan

     - Gaji

  • Memproses bayaran emolumen kakitangan Majlis
  • Menyemak borang Kew 8 borang tuntutan lebih masa, senarai potongan dan segala dokumen yang bersangkutan dengan bayaran gaji
  • Menyediakan penyata Pendapatan Tahunan ( Borang EC)

      - Pengurusan Aset dan Stor

  • Merekod dan menyelenggara aset-aset alih dan stok mengikut tatacara yang ditetapkan
  • Membuat pelupusan bagi aset-aset atau stok yang tidak ekonomi digunakan dan usang
  • Menyediakan laporan dan senarai aset dan stok tahunan untuk dibentangkan dalam JKPAK dan dihantar kepada Perbendaharaan Negeri

      - Akaun

  • Menyediakan penyata kewangan Majlis mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Memastikan Penyata Tahunan di hantar kepada Jabatan Audit Negara mengikut tarikh yang ditetapkan

- Pengurusan Perolehan

  • Memastikan peruntukan sentiasa mencukupi sebelum berbelanja
  • Menyediakan kertas kerja pindah peruntukan dan tambah peruntukan bagi one off dan dasar baru
  • Memastikan daftar bil dan buku vot diselenggara dengan baik
  • Merancang kaedah perolehan yang bersesuaian bagi setiap One Off pembelian bekalan dan perkhidmatan setiap jabatan
  • Menguruskan pembukaan dokumen sebutharga bagi bekalan & perkhidmatan untuk setiap jabatan
  • Memastikan permohonan perolehan bekalan dan perkhidmatan daripada setiap jabatan mempunyai peruntukan yang mencukupi dan mencadangkan kaedah perolehan yang bersesuian dengan peruntukan sedia ada
  • Menyediakan dokumen sebutharga bagi bekalan dan perkhidmatan serta mengendalikan mesyuarat jawatankuasa perolehan
  • Meningkatkan tadbir urus perolehan dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan supaya dapat dilaksanakan dengan telus, adil dan saksama
  • Merancang dan mencadangkan jawatankuasa perolehan yang terlibat selaras dengan pekeliling 1PP sedia ada supaya proses perolehan dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat
  • Memastikan SST / perakuan siap dan pesanan tempatan dikeluarkan mengikut tempoh yang ditetapkan
img