MENU
OBJEKTIF

Objektif Jabatan Kejuruteraan adalah selaras tanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsinya sebagaimana berikut:

  1. Merancang dan melaksana projek-projek infrastruktur asas terutama rangkaian jalanraya, sistem lalulintas, rangkaian lampu jalan dan lampu awam, sistem perparitan, pusat riadah, keseniaan dan sukan, kemudahan awam di antaranya bangunan pejabat Majlis (Wisma MPK), gerai-gerai, pasar dan dewan orang ramai
  2. Operasi dan senggara infrastruktur asas terutama rangkaian jalanraya, sistem perparitan, dan pembentungan, rangkaian lampu jalan dan lampu awam dan kemudahan awam di antaranya bangunan pejabat Majlis, Wisma MPK, gerai-gerai, pasar dan dewan orang ramai
  3.  Memproses untuk kelulusan pelan infrastruktur (kerja tanah, jalan, perparitan dan lampu awam)

Berusaha untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran Majlis yang berwibawa dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek berikut :-

  1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang sediada
  2. Mengawal dan menyelaras perancangan pembangunan khususnya dalam kawasan bandar yang sesuai dengan dasar-dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat
  3. Mempertingkatkan kutipan hasil dan mengeksploitasikan sepenuhnya potensi yang terdapat pada sumber-sumber hasil tertentu bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan yang sediada
  4. Memperkemaskan lagi sistem kewangan dan perakaunan serta mengawal perbelanjaan mengurus bagi memudahkan penyediaan penyata dan laporan kewangan bagi setiap tahun
PIAGAM PELANGGAN

 

BIL

 

OBJEKTIF KUALITI

 

SASARAN TEMPOH

 

1.

 

Prosedur Merancang Dan Melaksana Projek Infrastruktur Asas Dan Kemudahan Awam

 

Menyelesaikan masalah setempat  dalam tahun semasa.

 

2.

 

Prosedur Permohonan Kelulusan Pelan Infrastruktur

 

Ulasan ke atas permohonan infrastruktur diberikan dalam tempoh 17 hari dari tarikh penerimaan lengkap sehingga penyerahan kertas kerja kepada Unit OSC.

 

3.

 

Tuntutan Bayaran Kontraktor

 

Tempoh 14 hari dari tarikh lengkap  dokumen dikemukakan

 

4.

 

Aduan Awam

 

Memberikan maklumbalas terhadap aduan awam

 

FUNGSI JABATAN
FUNGSI JABATAN
Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Julai 2024 - 4:01pm