- BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
Memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di dalam kawasan pentadbiran MPK (diluar tanggungjawab SWCorp)
Menyelia dan memantau prestasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh pihak Swcorp dan syarikat konsesi (SWM).
Melaksanakan aktiviti kawalan vektor seperti kerja-kerja cari & musnah tempat pembiakan nyamuk aedes, Larvaciding, Fogging dan ULV.
Melaksanakan program kawalan Lipas, Lalat & Tikus (LILATI)
Merancang dan melaksanakan program kawalan haiwan kacau ganggu seperti anjing, lalat, ulat bulu dan zoonotik.
Merancang dan melaksanakan program gotong-royong bersama komuniti.
Merancang dan melaksanakan program pendidikan kesihatan kepada golongan sasar.
Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan awam berkaitan aspek kesihatan persekitaran.
- BAHAGIAN INSPEKTORAT
Melaksanakan pemeriksaan di lapangan untuk semua jenis permohonan baru/ tukar alamat/ pembatalan/ tambah premis bagi :-
Lesen tidak berisiko
Lesen berisiko
Lesen iklan dan billboard
Lesen pasar malam/pagi
Lesen anjing
Permit sementara (permit penjaja, jualan buah bermusim, permit kaki lima, permit promosi)
Melaksanakan program penggredan premis makanan di Kawasan PBT
Melaksanakan penggredan tandas awam milik PBT & bukan milik PBT
Melaksanakan program Kursus Pengendalian Makanan.
Menyediakan ulasan dan laporan kepada Unit OSC ke atas semua permohonan pelan.
Menjalankan kawalan dan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen dan undang-undang kecil serta akta yang berkaitan.
Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan awam berkaitan aktiviti perniagaan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan
- BAHAGIAN PELESENAN
Menerima dan memproses semua jenis permohonan lesen perniagaan, permit perniagaan , lesen anjing atau permohonan karnival / bazar.
Memastikan permohonan yang lengkap diproses pada hari yang sama untuk menepati piagam pelanggan dan Undang-undang Kecil berkaitan.
Memproses semua jenis permohonan pembatalan lesen perniagaan
Menyelaras semua Undang-undang Kecil MPK, dasar dan peraturan yang diluluskan selaras dengan lesen perniagaan yang diluluskan.