Skip to main content
MENU

Tempoh Bayaran

Tempoh Pembayaran Cukai Harta

Cukai-cukai mesti dibayar tiap-tiap setengah tahun terlebih dahulu iaitu sebelum 28hb Feb bagi setengah tahun pertama dan sebelum 31hb Ogos bagi setengah tahun kedua.

Bayaran lewat akan dikenakan secara automatik selepas akhir bulan FEB/OGOS berkenaan dengan setengah tahun pertama/kedua tidak kira samaada notis-notis tuntutan telah dikeluarkan. Seksyen 147 (1). Bayaran bagi Notis Tuntutan ialah seperti berikut:

Cukai yang dikenakan setiap penggalNotis (Borang E)
RM 100.00 dan kebawahRM 2.00
RM 100.01- RM1,000.00RM 10.00
RM 1,000.01 dan keatasRM 20.00

 

Jika bayaran masih belum dijelaskan dalam tempoh 15 hari selepas Borang E dikeluarkan untuk setengah tahun pertama/kedua, maka waran tahanan akan dikeluarkan bagi mendapat tunggakan tersebut di bawah seksyen 14 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Bayaran bagi waran tahanan adalah sebanyak RM 150.00 bagi setiap tindakan.

Sekiranya bil cukai harta tidak diterima sebagaimana tempoh yang ditetapkan, anda boleh mendapatkannya di kaunter Cukai Majlis Perbandaran Kluang