Objektif Unit Pusat Setempat (OSC)
- Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di PTG dan PBT yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain;
- Memendekkan norma masa dan memudahcara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan;
- Menyeragam prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaan merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Fungsi Unit Pusat Setempat (OSC)
- Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan – permohonan lain yang diterima;
- Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan OSC;
- Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
- Memantau proses pengeluaran CCC;
- Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah;
- Menyediakan pelaporan berkala;dan
- Menjalankan tugas melalui arahan dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan OSC 3.0 Plus Online (url : https://osc3plus.kpkt.gov.my/)
- Objektif OSC 3.0 :
- Menyediakan dokumen manual prosedur dan proses pemajuan yang lengkap dan terperinci bagi rujukan ‘stakeholders’ dan pihak berkepentingan terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan, agensi / jabatan teknikal, pemaju, perunding professional dan orang awam;
- Mengukuhkan peranan dan tanggungjawab OSC sebagai urusetia induk kepada Jawatankuasa OSC bagi mencapai keseragaman yang sewajarnya;
- Menggariskan skop, peranan dan tanggungjawab pihak pemohon (pemilik tanah, pemaju dan perunding professional) dalam proses pemajuan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme;
- Menetapkan tempoh masa (kelulusan / ulasan / sokongan yang munasabah bagi setiap peringkat proses pemajuan sebagai sasaran (KPI) untuk mengukuhkan system penyampaian pihak berkuasa;
- Menggariskan prosedur memproses, memantau dan memeriksa tapak projek pembangunan oleh PBT dan agensi / jabatan teknikal sehingga bangunan layak dihuni;
- Memastikan keberkesanan proses pemantauan dan Tindakan penguatkuasaan undang – undang dan peraturan ke atas tapak projek pembangunan;
- Mengurangkan bebanan kerja, karenah birokrasi dan memastikan tadbir urus yang telus melalui pembangunan system OSC 3.0 Plus Online.
b. Proses Utama OSC 3.0 Plus Online
- Proses 1 : Pengumpulan Maklumat Teknikal (Bukan Mandatori)
- Proses 2 : Pertimbangan Pelan Pemajuan
- Proses 3 : Notifikasi Mula Kerja Binaan
- Proses 4 : Pemantauan Tapak Bina dan Notifikasi Pemeriksaan Interim
- Proses 5 : Notifikasi Pemeriksaan Akhir Peringkat I dan Peringkat II
- Proses 6 : Pendepositan CCC
c. Senarai Borang
PK-MPK-OSC-01-01 (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Kebenaran Merancang Terhad )
PK-MPK-OSC-01-01a (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Terhad Tadika Taska Pusat Jagaan )
PK-MPK-OSC-01-01b (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Terhad Menara Telekomunikasi)
PK-MPK-OSC-01-02a (Permohonan Pelan Infrastruktur)
PK-MPK-OSC-01-02b (Permohonan Pelan Lampu Jalan )
PK-MPK-OSC-01-03 (Permohonan Pelan Bangunan)
PK-MPK-OSC-01-04 (Permohonan Pelan Landskap)
PK-MPK-OSC-01-05a(P3-Notifikasi Mula Kerja)
PK-MPK-OSC-01-05b(P4-Pemeriksaan Interim )
PK-MPK-OSC-01-05c (P5-Pemeriksaan Akhir 1&2)
PK-MPK-OSC-01-05d (P6-Deposit CCC)
PK-MPK-OSC-01-06 (Permohonan Pelan Nama Taman Jalan Bangunan Jalan)
PK-MPK-OSC-01-07 (Permohonan Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek)