MENU

LATAR BELAKANG CAWANGAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Berkuatkuasa April 2007, undang-undang berkaitan penyelenggaraan harta bersama bagi bangunan bertingkat telah diperkenalkan iaitu Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan )2007 (Akta 663).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Negeri Kerajaan Tempatan (MNKT) yang ke-57 pada 23 Mac 2007, Datuk Bandar atau yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Bangunan bagi kawasan pentadbirannya. Pesuruhjaya Bangunan adalah bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukkan di dalam akta ini.

Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi kawasan Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Kluang telah telah pun bermula dilaksanakan pada 1 Ogos 2008, dengan dianggotai oleh hanya 2 kakitangan yang dipinjamkan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Namun begitu selepas sepuluh bulan bergerak, kedua-dua kakitangan yang dipinjamkan telah kembalikan semula ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta pada Mei 2009. Tempoh kekosongan tersebut hanya diisi semula pada 1 April 2010 setelah kakitangan baru dilantik seramai 4 orang. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan juga merupakan pihak yang akan mengesahkan dan mengeluarkan sijil kepada badan yang ditubuhkan di bawah Akta 663 iaitu Pengurusan Bersama atau “Joint Management Body” (JMB).

Pesuruhjaya Banugnan diberi kuasa di bawah Akta 663 untuk menjaga pentadbiran Akta ini dan Bahagian VI dan VII Akta 318 dan menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta 318.

Pada 1 Jun 2015, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) mula berkuatkuasa bagi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663). Selain itu, Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan

Dan pengurusan) 2015 adalah ditetapkan pada 2 Jun 2015 dan tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015 ialah pada 1 Julai 2015.
 

CARTA ORGANISASI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) DI JABATAN PENILAIAN, PENGURUSAN HARTA DAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN.

Carta Organisasi COB

FOKUS UTAMA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
Fokus utama Pesuruhjaya Bangunan (COB) ialah menguatkuasakan peruntukkan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Di antara Fokus utama yang dikenalpasti ialah :
Fokus Utama COB

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Julai 2024 - 4:01pm