Bengkel ini telah berlangsung selama dua (2) hari bertempat di Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Kluang (MPK) yang telah dihadiri seramai 40 orang pegawai dan kakitangan MPK bagi meneliti pencapaian KPI MPK sehingga akhir tahun 2024.
Kesemua peserta kursus telah didedahkan berkaitan semakan dan penilaian KPI yang betul bagi setiap fungsi jabatan/ bahagian/ unit MPK. Selain itu, mereka turut berpeluang mendapatkan input dan menambahbaik tindakan strategik yang bersesuaian untuk kajian semula KPI sedia ada bagi tempoh seterusnya.
Segala input dan dokumentasi hasil bengkel ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) pada 6 Mac 2025.
Semoga usaha ini dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pencapaian MPK berdasarkan Pelan Strategik MPK 2023-2027 yang telah dibangunkan.
Disediakan oleh :
Jabatan Khidmat Pengurusan