INFO: Cabutan Bertuah Kepada Pembayar Cukai Taksiran Bagi Tahun 2019
SYARAT-SYARAT
- Perlu menjelaskan cukai tahun 2019 berserta tunggakan sebelum 31 Ogos 2019.
- Minimum bayaran RM 50 dan keatas layak untuk menyertai pertandingan ini.
- Pegangan berstatus kediaman dan di atas nama individu sahaja yang layak menyertai cabutan bertuah. Pemaju, Syarikat atau Badan Kerajaan adalah tidak layak untuk mengambil bahagian.
- Pastikan nama yang tertera di bil cukai taksiran harta adalah nama pemilik. Sekiranya bukan, nama pemilik perlu dikemaskini terlebih dahulu dengan mengisi borang I atau J di kaunter pindah milik.
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.
- Cabutan akan dilaksanakan melalui maklumat bayaran yang diperolehi dari sistem kaunter bayaran dan keputusan adalah muktamad
PROSES CABUTAN BERTUAH
- Semakan cabutan akan dibuat terlebih dahulu melalui sistem kaunter bayaran dan dipilih mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Setelah cabutan di buat, pemenang akan dimaklumkan melalui surat dan perlu membawa dokumen sokongan untuk menuntut hadiah.
- Sekiranya pemenang yang dimaklumkan tidak hadir pada hari yang ditetapkan atau bukti sokongan tidak lengkap, undian sekali lagi dibuat untuk menggantikan pemenang tersebut.
KAEDAH TUNTUTAN HADIAH
- Hendaklah mengemukakan resit asal/bukti bayaran.
- Hendaklah mengemukakan kad pengenalan diri.
[[{"fid":"1809","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"banner_cabutan_bertuah2","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"attributes":{"alt":"banner_cabutan_bertuah2","style":"border-width: 1px; border-style: solid;","class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default"}}]]