Pagi ini telah berlangsung perhimpunan bulanan bagi bulan Mac Tahun 2025 yang melibatkan seramai 318 orang kakitangan termasuk pegawai Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Encik Azmi Bin Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang telah menyampaikan ucapan beliau yang mana telah menyentuh beberapa perkara termasuk aduan awam berkaitan fungsi MPK, kerja lebih masa, isu kesihatan dan perubatan termasuk juga hal ehwal tatatertib serta tanggungjawab pendapatan bersih kakitangan awam.
Dalam acara perhimpunan kali ini, Tuan Yang Dipertua MPK telah menyampaikan surat pelantikan kakitangan baharu bertaraf kontrak dan juga telah menyerahkan sijil Rendah Karbon 2024 yang telah diterima baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Dengan pencapaian tersebut, ianya pasti secara langsung menyuntik semangat semua warga kerja Majlis Perbandaran Kluang supaya terus memberikan komitmen yang tinggi dalam menyokong inisiatif strategik ke arah pembangunan mampan dan rendah karbon. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada seluruh warga kerja MPK yang telah berganding bahu bersama-sama memastikan perhimpunan pagi ini dapat berjalan lancar.
Disediakan oleh :
Jabatan Khidmat Pengurusan