Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya bertemakan 'Johor Berdaya Huni, Mampan dan Pintar'
HPBS 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.
Sempena program ini, Majlis Perbandaran Kluang telah menerima Anugerah Bandar Mampan 2024 menerusi Program Penunjuk Jaringan Kemampanan Bandar Dan Luar Bandar (MURNInets).
MPK juga telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan lukisan mural bertajuk 'Budaya dan Peninggalan Sejarah'.
Encik Mohd Fahmy Bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah hadir untuk menerima anugerah tersebut bersama Encik Azmi Bin Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang.
Semoga program ini terus memberikan impak yang positif kepada masyarakat.
Sumber:
Jabatan Perancangan Bandar Dan Landskap