MENU

Satu majlis pelancaran perluasan perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) telah disempurnakan oleh YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor dan diiringi oleh En. Abdul Malik bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Bermula 1 Oktober 2024, perkhidmatan Bas Muafakat Johor akan diperluaskan lagi dengan menambah perkhidmatan bas percuma bagi penduduk di kawasan Paloh untuk ke Bandar Kluang dengan laluan sepanjang 54.4 kilometer dan kekerapan 4 trip sehari.

Turut hadir YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.

#PAJ

#PerbadananPengangkutanAwamJohor

#BMJ

#BasMuafakatJohor

#PengangkutanAwamPengangkutanKita

#MajuJohor

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Disember 2024 - 10:06am