MENU

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada 23 Mac 2024, kami ingin mengingatkan semua peniaga untuk memasang Bendera Negeri Johor dan Bendera Daerah Kluang di hadapan premis perniagaan masing-masing serta-merta sehingga 6 April 2024.

Kaedah pemasangan adalah seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Sila pastikan pematuhan sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan peraturan pemasangan bendera, sila rujuk Pekeliling AM Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor) yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Pekeliling Am Johor Bilangan 2 Tahun 2018 https://www.johor.gov.my/.../Pekeliling-Am-Johor-Bilangan...

Mari kita sama-sama menyambut hari keputeraan ini dengan penuh semangat dan kebanggaan!

#BangsaJohor 
#MajuJohor 

Notis Pemasangan Bendera

Notis Pemasangan Bendera

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Disember 2024 - 10:06am