Taklimat ini bertujuan memberi penerangan berkaitan penyelarasan bagi Prosedur Baharu semasa Pengemukaan Permohonan Pelan Ubahan dan Tambahan (Tidak berisiko) secara Serah dan Ambil kendiri yang di kenali sebagai SERAMBI.
Kehadiran jemputan terdiri dikalangan Arkitek, Pelukis Pelan dan Agen-agen yang berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Kluang. Turut hadir sama Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kluang, Puan Hajah Azurawati Wahid, diiringi Ketua Jabatan Kawalan Bangunan Ts. Mohamad Shahrudin Rosdi, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Unit Majlis Perbandaran Kluang.