Program Pendidikan Kesihatan Bahaya Aedes Penyebab Demam Denggi telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan di Sekolah Kebangsaan Taman Kluang Barat melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkenaan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes yang boleh mengakibatkan penyakit demam denggi.
Sumber :
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan