Mesyuarat Kick-Off Pelan Tindakan Bandar Pintar (PTBP) Kluang 2030 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Dr. Mahathir, Majlis Perbandaran Kluang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan turut dihadiri Tuan Azmi bin Ahmad, Setiausaha MPK serta Ketua-ketua Jabatan Dalaman MPK.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi memberikan pemahaman awal berhubung Aspirasi Negara ke Arah Mencapai Negara Pintar.