MENU

YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid telah melakukan lawatan kunjung hormat ke Perpustakaan Awam Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Malaysia.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan awam Tunku Tun Aminah, UTHM disamping perkongsian idea untuk menaik taraf persekitaran Perpustakaan Awam, MPK

Delegasi Lawatan ini telah disambut oleh Puan Zaharah Abd Samad, Ketua Perpustakawan, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Taklimat ringkas telah diberikan sepanjang lawatan oleh En Suhaimi Mohd Shukor, Timb. Ketua Perpustakawan Kanan.

Lawatan berakhir pada jam 12.00 Tengah Hari dan hasil daripada lawatan ini, Pihak MPK bercadang untuk menjalinkan usahasama bersama pihak UTHM diantaranya didalam bidang pengajaran Robotik untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah di daerah Kluang. 

lawatan ke perpustakaan awam UTHM  lawatan di dalam bidang pengajaran Robotiklawatan di dalam bidang pengajaran Robotiklawatan di dalam bidang pengajaran Robotik

Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 April 2024 - 12:17pm