MENU

Aktiviti Lukisan Mural Bersama Kelab Kebajikan Di Kluang (D'Kluang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang

Isnin | 18 Disember 2023

Kelab Kebajikan Di Kluang (D'Kluang) yang diketuai oleh En. Md Norhalim bin Md Amin bersama-sama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil (SMKSAJ) telah melaksanakan kerja-kerja lukisan mural di Laman Kreatif Kluang.

Seramai 8 orang pelajar tingkatan 6 bersama dengan 2 guru pembimbing dari Kelab Seni SSAJ telah berjaya menyiapkan lukisan mural dengan tema 'Kluang' dalam tempoh masa 4 hari bermula dari hari Isnin ( 11 Disember 2023) sehingga Khamis ( 14 Disember 2023)

Pihak MPK sangat mengalu-alukan penglibatan pihak sekolah dan badan NGO dalam usaha meningkatkan kualiti visual bandar Kluang dan ia adalah salah satu teras pengukuhan kerjasama awam dalam agenda pembangunan perbandaran Kluang. Diharapkan semoga dengan usaha ini, bandar Kluang akan lebih ceria, berdaya huni dan bahagia.

Sumber:

Jabatan Kawalan Bangunan

Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 April 2024 - 12:17pm