07 Apr 2024
YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah mengadakan lawatan turun padang ke rumah kediaman mangsa bencana ribut yang melanda di sekitar Taman Melati, Paloh. Sebanyak 10 buah rumah dilaporkan telah mengalami kerosakan.
Selain itu, Puan Yang Dipertua MPK juga telah menyampaikan sumbangan Yayasan Perbandaran Kluang untuk meringankan beban pemilik rumah yang terkesan akibat bencana tersebut.