Pemeriksaan interim dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja bangunan, infrastruktur dan landskap yang dijalankan selaras dengan kelulusan pelan-pelan pemajuan sebelum pendepositan CCC dikemukakan oleh pihak perunding.
Lawatan tapak yang diaturkan oleh Unit Pusat Setempat (OSC) turut dihadiri oleh Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Encik Azmi Ahmad, Setiausaha MPK, Ketua-Ketua Jabatan MPK, pasukan jabatan teknikal dalaman MPK, YTL serta pasukan perunding.