Majlis Perbandaran Kluang telah membuat serahan satu set komputer bagi kegunaan pelajar Tadika Hayati cawangan Taman Kluang Barat.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, YDP MPK dan ianya bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ICT kepada masyarakat setempat. Ianya juga sejajar dan merupakan indikator kemudahan ICT dan penglibatan komuniti dalam era globalisasi berorientasikan sains dan teknologi.
Semoga inisiatif sumbangan ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pembudayaan ICT. Selain itu juga, moga dengan sumbangan ini dapat melahirkan murid-murid celik IT dan mengembangkan potensi.
Sumber :
Jabatan Khidmat Pengurusan