Khamis | 9 Februari 2023
YBhg. Puan Norliyati binti Md Nor, Yang Dipertua MPK telah melakukan kunjungan ke Rumah Seni@Kluang. Rumah Seni ini merupakan tarikan pelancongan terbaru di Bandar Kluang.
Rumah Seni yang terletak di No 8, Jalan Penghulu Kasim, Kluang ini telah beroperasi kira-kira sebulan yang lalu dan mempunyai lebih daripada 50 mural yang menarik hasil daripada kreativiti anak tempatan Kluang yang juga pemilik Rumah Seni ini.
Rumah Seni@Kluang ini dibuka kepada kunjungan orang ramai dengan bayaran Promosi iaitu RM 13 bagi dewasa dan RM 8 bagi kanak-kanak serta masa lawatan adalah bermula pada Jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
Sumber :
Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan