MENU

 

Objektif Unit Pusat Setempat (OSC)

  1. Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di PTG dan PBT yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain;
  2. Memendekkan norma masa dan memudahcara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan;
  3. Menyeragam prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaan merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Fungsi Unit Pusat Setempat (OSC)

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan – permohonan lain yang diterima;
  2. Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan OSC;
  3. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
  4. Memantau proses pengeluaran CCC;
  5. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah;
  6. Menyediakan pelaporan berkala;dan
  7. Menjalankan tugas melalui arahan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan  OSC 3.0 Plus Online (url : https://osc3plus.kpkt.gov.my/)

  1. Objektif OSC 3.0 :
    1. Menyediakan dokumen manual prosedur dan proses pemajuan yang lengkap dan terperinci bagi rujukan ‘stakeholders’ dan pihak berkepentingan terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan, agensi / jabatan teknikal, pemaju, perunding professional dan orang awam;
    2. Mengukuhkan peranan dan tanggungjawab OSC sebagai urusetia induk kepada Jawatankuasa OSC bagi mencapai keseragaman yang sewajarnya;
    3. Menggariskan skop, peranan dan tanggungjawab pihak pemohon (pemilik tanah, pemaju dan perunding professional) dalam proses pemajuan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme;
    4. Menetapkan tempoh masa (kelulusan / ulasan / sokongan yang munasabah bagi setiap peringkat proses pemajuan sebagai sasaran (KPI) untuk mengukuhkan system penyampaian pihak berkuasa;
    5. Menggariskan prosedur memproses, memantau dan memeriksa tapak projek pembangunan oleh PBT dan agensi / jabatan teknikal sehingga bangunan layak dihuni;
    6. Memastikan keberkesanan proses pemantauan dan Tindakan penguatkuasaan undang – undang dan peraturan ke atas tapak projek pembangunan;
    7. Mengurangkan bebanan kerja, karenah birokrasi dan memastikan tadbir urus yang telus melalui pembangunan system OSC 3.0 Plus Online.

      b. Proses Utama OSC 3.0 Plus Online

  1. Proses 1 : Pengumpulan Maklumat Teknikal (Bukan Mandatori)
  2. Proses 2 : Pertimbangan Pelan Pemajuan
  3. Proses 3 : Notifikasi Mula Kerja Binaan
  4. Proses 4 : Pemantauan Tapak Bina dan Notifikasi Pemeriksaan Interim
  5. Proses 5 : Notifikasi Pemeriksaan Akhir Peringkat I dan Peringkat II
  6. Proses 6 : Pendepositan CCC

     c. Senarai Borang

PK-MPK-OSC-01-01 (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Kebenaran Merancang Terhad )

PK-MPK-OSC-01-01a (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Terhad Tadika Taska Pusat Jagaan )

PK-MPK-OSC-01-01b (Permohonan Pelan Kebenaran  Merancang Terhad Menara Telekomunikasi)

PK-MPK-OSC-01-02a (Permohonan Pelan Infrastruktur)

PK-MPK-OSC-01-02b (Permohonan Pelan Lampu Jalan )

PK-MPK-OSC-01-03 (Permohonan Pelan Bangunan)

PK-MPK-OSC-01-04 (Permohonan Pelan Landskap)

PK-MPK-OSC-01-05a(P3-Notifikasi Mula Kerja)

PK-MPK-OSC-01-05b(P4-Pemeriksaan Interim )

PK-MPK-OSC-01-05c (P5-Pemeriksaan Akhir 1&2)

PK-MPK-OSC-01-05d (P6-Deposit CCC)

PK-MPK-OSC-01-06 (Permohonan Pelan Nama Taman Jalan Bangunan Jalan)

PK-MPK-OSC-01-07 (Permohonan Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek)

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Disember 2024 - 10:06am