Program Rendah Karbon Dan Kluang Car Free Day 1/2024 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Bandar Kluang. Seramai 600 Peserta telah hadir bagi menjayakan program hari ini.
Acara pelepasan larian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang bersama-sama Pn Hajah Azurawati Wahid, YDP Majlis Perbandaran Kluang dan Dato' Hj Abdul Ghani Abdul Rashid, Ketua Whip MPK.
Antara acara menarik yang turut diadakan sempena Program ini ialah Aktiviti Jrobik, Aktiviti Johor Bersih, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Aktiviti Fun Walk, Aktiviti Fun Run, Aktiviti Fun Ride, Persembahan Buskers dan Aktiviti Penanaman Pokok.
Selain daripada itu juga turut diadakan ceramah berkaitan Bandar Selamat oleh IPD Kluang dan Ceramah berkaitan Kaedah Baru Penerapan Rendah Karbon Dalam Masyarakat oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan MPK.
Program pada hari ini juga menyaksikan penyerahan sumbangan pokok teduhan daripada Rakan Warisan MPK iaitu Persatuan Vipassana Yoga Studio yang bernilai RM5000 kepada MPK bagi tujuan keindahan dan kecerian di kawasan Bandar Kluang.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh agensi kerajaan,kilang-kilang dan pihak bank yang telah hadir bersama-sama menjayakan Program Hari Rendah Karbon dan Kluang Car Free Day 1/2024 pada hari ini.