Selasa | 2 Januari 2024
YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Kluang bagi bulan Januari 2024 yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang sambil diiringi oleh Encik Azmi Ahmad , Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang.
Turut hadir bersama ialah Ketua-Ketua Jabatan,Unit, Bahagian dan warga kerja Majlis Perbandaran Kluang.
Perhimpunan Bulanan yang pertama kali diadakan bagi tahun 2024 ini bertujuan untuk meningkatkan iltizam dan semangat baharu dalam kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Kluang selain menyuntik motivasi seluruh warga kerja MPK untuk mengekalkan kecemerlangan dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Tahlil ringkas dan diteruskan dengan ucapan oleh Encik Azmi Ahmad, Setiausaha MPK sebelum diteruskan dengan ucapan amanat tahun baru 2024 oleh YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua MPK
Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar penjawat awam yang telah diketuai oleh Encik Mohamad Amerol Bin Rahmat, Penolong Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Lantikan Ahli Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) yang akan mewakili setiap skim perkhidmatan kepada kakitangan yang telah terpilih. Tahniah Dan Syabas kepada yang telah terpilih.