MENU

ASAL USUL PEMBUKAAN KLUANG

 

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Terdapat juga cerita yang binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kmapung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am