MENU

1. APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

2. SIAPAKAH PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

3. KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

4. BILA PERLU DIBAYAR?

Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :

  • ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
  • ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.

5. CARA-CARA BAYARAN

  a) Bayaran boleh dibuat di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang seperti berikut :

Hari Masa
Ahad-Rabu 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Khamis 8.00 pagi - 2.30 petang

  b) Bayaran juga boleh dibuat di:

       i.  Wisma Majlis Perbandaran Kluang

      ii.  Pejabat Majlis Perbandaran Kluang, Jalan Pejabat Kerajaan

      iii. Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Paloh

     iv.  Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Kahang

     v.   Perpustakaan Awam Sri Kluang

  c)  Bayaran boleh dibuat dimana-mana Cawangan Pejabat Pos Seluruh Malaysia dengan mengemukakan bil tuntutan cukai taksiran harta.

  d) Bayaran boleh dibuat di Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kluang.

  e) Bayaran boleh dibuat di Kaunter dan mesin deposit tunai Bank Simpanan Nasional (BSN) serta melalui aplikasi dalaman online www.mybsn.com.my.

  f) Bayaran melalui dalam talian online Maybank2u dengan merujuk nombor akaun.

  g) Bayaran juga boleh dibuat melalui aplikasi perbankan internet JomPay dengan menyatakan Biller Code=9936, Ref 1= No. Akaun dan Ref 2= No. Tel pemilik sebagai rujukan bagi setiap bayaran yang dibuat

 6. APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT?

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :

  • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 2% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1).
  • *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.

 

7. BAGAIMANA UNTUK  MENGELAKKAN DIKENAKAN DENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH?

Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.

8. APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BIL-BIL TIDAK DITERIMA?

Datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-

  • No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.
  • No. Akaun (Jika ada) atau
  • Bawa bil lama untuk rujukan

 

9. APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI?

Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-

  • Menyemak di pejabat Majlis Daerah Tangkak samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu.
  • Membayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.
  • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos
  • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada.
  • Memberitahu Majlis dengan surat-menyurat ataupun dalam borang F yang boleh didapati dari pejabat. Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas.
  • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
  •  Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
  • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
  • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
  • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).
  • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
  • Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai taksiran).
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am