MENU

PERANAN OSC

i.  Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan infrastruktur, pelan bangunan dan pelan landskap dari pemohon.
ii. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
iii.Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan teknikal MPK yang berkaitan untuk diproses dan jabatan / agensi teknikal luaran dan dalaman MPK yang berkaitan untuk ulasan dan pandangan.
iv.Memantau permohonan–permohonan yang telah diedar kepada Jabatan/ Agensi teknikal;
v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
vi.Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah ;
vii.Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh Bahagian Perancang Bandar, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Kawalan Bangunan dan Bahagian Landskap dan Senitaman untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;
viii.Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dengan menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua (2) kali sebulan;
ix.Menyediakan minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat ;
x. Mengedarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan infrastruktur, pelan bangunan dan pelan landskap kepada pemohon;
xi.Membawa minit keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Penuh MPK.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Jun 2017 - 10:58am