MENU

OBJEKTIF OSC

i.  Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan iaini;
ii. Memendekkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelabuhan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh (6) bulan; dan
iii. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan–permohonan kebenaran merancang, pelan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) serta  Akta Parit, Jalan dan Bangunan  (Akta 133).

FUNGSI UTAMA OSC

i.  Menerima, menyemak, menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan yang diterima oleh OSC;
ii. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa OSC sebanyak 2 kali sebulan;
iii.Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
iv.Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah
v. Menyediakan pelaporan OSC melalui Portal OSC online sebelum 5hb setiap bulan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Jun 2017 - 10:58am