MENU

Cara Pembayaran Cukai Taksiran

Terdapat beberapa kaedah pembayaran cukai yang disediakan oleh pihak MPK iaitu :

1. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang pada waktu pejabat seperti jadual dibawah :

Ahad - Rabu

8.00 pagi - 12.30 tengahari

2.00 petang - 4.15 petang

Khamis 8.00 pagi - 2.30 petang

 

2. Bayaran melalui dalam talian (online) menggunakan Maybank2u dengan merujuk nombor akaun.

3. Bayaran boleh dibuat di Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kluang.

4. Bayaran juga boleh dibuat di kaunter, Mesin Deposit Tunai Bank Simpanan Nasional Malaysia (BSN) seluruh Malaysia juga melalui www.mybsn.com.my

5. Bayaran melalui kiriman pos, cek dan Bank Draf yang dipangkah " Akaun Penerima Sahaja" dan dibayar kepada MAJLIS PERBANDARAN KLUANG.

6. Bayaran secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan cukai harta adalah dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehi di kaunter cukai MPK. Penetapan tempoh dan jumlah bayaran akan dibuat oleh Pegawai Undang-undang MPK.

    

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 4:30pm