MENU

PENGENALAN OSC

Pusat Setempat diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Bahagian Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kluang (MPK), telah ditubuhkan pada April 2006, dengan melantik 2 orang pegawai kontrak. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, perlaksanaan OSC di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia telah dimantapkan selaras dengan Keputusan Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007. Penubuhan OSC secara rasmi di seluruh Semenanjung Malaysia adalah pada 13 Jun 2007 manakala bagi Negeri Johor, Perlaksanaan OSC telah dilaksanakan secara serentak di semua PBT pada 7 Jun 2007.

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 15 Ogos 2017 - 8:03pm