MENU

Jata & Logo

Jata MP Kluang Logo MP Kluang

Jata & Logo

Rekabentuk JATA Dan LOGO Adalah Berdasarkan Kepada Faktor Sejarah, Objektif, Fungsi Dan Sumber Majlis Perbandaran Kluang. Jata Dan Logo Direka Secara Grafik Dengan Menggabungkan Beberapa Unsur Yang Penting.

Perisai

Perisai Adalah Simbol Kepada Kekuatan Dan Ketahanan Mental Majlis Perbandaran Kluang Dalam Menyediakan Diri Untuk Menghadapi Cabaran Dan Arus Perubahan. Perisai Juga Merupakan Simbol Perjuangan Dan Perkhidmatan Berterusan Majlis Perbandaran Kluang Selaras Dengan Perubahan Masa.

Bentuk "U"

Bentuk U adalah merupakan magnet. Sifat semulajadinya menarik jisim logam merupakan simbol kekuatan Majlis membawa elemen-elemen pembangunan dan pemodenanyang akan meransang ekonomi daerah Kluang. Bentuk magnet U bertindih tiga mencerminkan keteguhan dan kestabilan kewangan Majlis Perbandaran Kluang.

Warkah Gulungan (Scroll)

Perkataan Majlis Perbandaran Kluang Ditulis Pada Sebuah 'Scroll' Melambangkan Satu Pengisytiharan Yang Resmi Dan Termaktub. 'Scroll' Besar Pada Bahagian Atas Jata Dengan Tulisan Jawimelambangkan Martabat Bangsa Dan Agama Rasmi.

Mahkota Di-Raja

Mahkota Di Raja Melambangkan Ketaatan, Kesetiaan Majlis Kepada Kedaulatan Raja Dan Prinsip Rukun Negara. Mahkota Di Raja Juga Melambangkan Majlis Perbandaran Kluang Sebagai Sebuah Perbandaran Di Bawah Naungan Sebuah Negeri Yang Berdaulat, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Warna Kuning

Melambangkan kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah dan menunjukkan Johor sebuah negeri yang berdaulat. Ia juga melambangkan semangat Majlis Perbandaran Kluang yang sentiasa berkobar-kobar dalam menjalankan tugas ke arah mencapai matlamat Majlis Perbandaran Kluang.

Warna Biru

Melambangkan perpaduan nasional dan keluhuran hati serta kegigihan dan kesungguhan setiap individu Majlis Perbandaran Kluang yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap masyarakat.

Warna Merah

Melambangkan keberanian, keteguhan dan ketegasan Majlis Perbandaran Kluang dalam menjalankan pentadbiran.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 15 Ogos 2017 - 8:03pm