MENU

                                                           ydp_nasri

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Laman web Majlis merupakan salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi Majlis Perbandaran Kluang untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT kerajaan secara proaktif.

Pengunjung-pengunjung laman web MPK akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MPK. Kami di MPK mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung laman web ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Bandar Kluang sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya

Majlis Perbandaran Kluang kini mempunyai tanggungjawab yang semakin mencabar dan penting, ini kerana masyarakat semakin memahami hak-hak mereka serta peranan yang perlu dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPK.

Menyedari hakikat ini, MPK  berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat, MPK sentiasa memberikan penekanan terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat Bandar Kluang yang juga merupakan ‘Stake holder' dan pembayar cukai kepada MPK.

MPK percaya kerjasama, sokongan dan komitmen dari Ahli-Ahli Majlis dan juga warga kerja MPK yang tidak pernah padam akan meletakkan MPK sebagai sebuah PBT yang berkesan dan cemerlang.

Akhirkata, saya sebagai peneraju kepada MPK amat berharap supaya orang ramai sentiasa menyayangi  Bandar Kluang dan memberikan sokongan serta pandangan untuk MPK  bergerak dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

 

HAJI NASRI BIN MD. ALI

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Jun 2017 - 10:58am